Assalammualaikum....n Salam 1Malaysia smua...
Hurm...hr ni Chinese New Year n Valentines Day...kpd yg mnyambutnya,Slmt mnyambut Thn Baru Cina la yer...=)..n kpd pasangan2 kekasih,bg yg Muslim ianya tidak dgalakkan utk mnyambutnya k..ianya bkn amalan org Islam..cuba korg try baca kt bwh ni..ni aku ambik dr seorg blogger jg...baca jgn xbaca!!
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa besar beliau ialah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 FEBUARI 270 Masihi, begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga beliau dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14 FEBUARI disambut setiap tahun oleh rakyat Kristian Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal usul Hari Valentine:
PENDAPAT PERTAMA: Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 FEBUARI sebagai hari cuti bagi orang Juno; Ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 FEBUARI bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannnya di sepanjang pesta berlangsung.
PENDAPAT KEDUA: menyatakan pada 14 FEBUARI 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu, Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 FEBUARI 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 FEBUARI dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
PENDAPAT KETIGA: menyatakan bahawa Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cardova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katholik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannnya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 FEBUARI sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih mengganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christian And Scholars di bawah topic Difinition of Religious Holy Days (pengertian hari-hari suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebutkan bahawa:
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu seperti berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identity dan syariah Islam. Ini didasarkan sebuah hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
Berhubung dengan perbincangan di atas, Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa:
Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke 71 yang bersidang pada 22 – 24 November 2005 memutuskan bahawa:
“Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St. Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.”
(bermaksud: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan dalam kalangan penganut kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga.)
Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering dinamakan kepada gereja-gereja Roman Katholik sempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, antaranya St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip agama Islam yang tidak membenarkan umat Islam meniru identiti atau cara hidup agama lain, lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan akidah Islam. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Kafirun ayat 1 -6 :
Yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.”
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu seperti berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identity dan syariah Islam. Ini didasarkan sebuah hadith Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami, maka ia akan ditolak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berhubung dengan perbincangan di atas, Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa:
“AMALAN MENYAMBUT “VALENTINE’S DAY” ADALAH HARAM DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM”.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke 71 yang bersidang pada 22 – 24 November 2005 memutuskan bahawa:
“AMALAN MERAYAKAN “VALENTINE’S DAY” TIDAK PERNAH DIANJURKAN OLEH AJARAN ISLAM. ROH PERAYAAN TERSEBUT MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR KRISTIAN DAN AMALANNYA YANG BERCAMPUR DENGAN PERBUATAN MAKSIAT ADALAH BERCANGGAH DAN DILARANG OLEH ISLAM. OLEH ITU, AMALAN MERAIKAN HARI KEKASIH TIDAK DIGALAKKAN OLEH AGAMA ISLAM.”
So,kpd kwn2ku yg mnyambut Valentine's Day dharap renung2kn lah k..xpyh nk tgu 14th February..stiap hr pn korang leh jadikn sbg hr bkasih syg & ucapkn kata sayang kpd kekasih korg...(^____~)
"LOVEmethenI'llLOVEyou"
Mzbutterfly2209













0 meow sesat jalan2 kat cnie...:
Post a Comment